About Me

Thursday, 15 September 2011

EMpAt peRkaRa seBeLum TidUr,,,

Rasulullah berpesan kepada aisyah r.a:
 "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu:
1.Sebelum khatam Al-quran
2.Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat dihari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aisyah:
 "Ya Rasulullah...bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika??"
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
 "Jika engkau tidur bacalah:Al-Ikhlas 3x seakan-akan kau mengkhatamkan Al-quran.Membacalah selawat untuk-ku dan para nabi sebelum aku,maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.Dan,perbanyakkanlah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Saturday, 20 August 2011

Assalamualaikum....ana nak cakap sikit..bende nie penting sangat!!
Memang ramai la org buat mende nie iaitu TIDUR SELEPAS SOLAT SUBUH.

HUKUM TIDUR SELEPAS SOLAT SUBUH!!
Tidur selepas solat Subuh adalah sesuatu yang tidak elok dijadikan amalan.
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh kerana Allah memeberkati
umat yang memulakan harinya pada awal pagi.Oleh itu,para fuqaha' menetapkan
tidur selepas solat Subuh adalah makruh.Rasulullah juga pernah bersabda,
yang bermaksud:
Wahai anakku bangunlah dan hadaplah rezeki

Friday, 19 August 2011

Doa'

"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu
daripada perasaan keluh kesah dan dukacita,
aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil
serta aku berlindung denggan-Mu daripada
tekanan hutang dan kekerasan sifat manusia"

AKLAK

Aklak mulia
penyeri jiwa
Jadi hiasan ibarat mekar bunga
Harum mewangi
Indah berseri 
Jadi sanjungan idaman hati..

Bercakaplah dengan beraklak walaupun
kita dalam keadaan marah.
Akhlak seseorang menunjukkan peribadi seseorang...
RENUNGKAN....

Friday, 5 August 2011

Selawat Al Fatih


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيَّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ

وَالنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِىْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ

قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


“Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar

Fadilatnya:
  • Barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap kali selepas sembahyang, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah dan hatinya menjadi tenteram.
  • Barangsiapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarganya dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
  • Jika dibaca 100 kali setiap hari, seseorang akan dimudahkan Allah untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau wanita.
  • Jika dibaca 1000 kali pada malam Isnin, Khamis atau Jumaat membolehkan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan izin Allah..iaitu dibaca selepas sembahyang hajat.

Aurat


Apabila berbicara tentang aurat, selalunya kita memfokuskannya kepada kaum wanita. Adakah mereka sahaja yang wajib menjaga dan menutup aurat? Bagaimana pula dengan kaum lelaki? Sebenarnya, dalam hal-hal berkaitan aurat, kedua-duanya tidak terkecuali daripada kewajipan menjaga dan menutup aurat. Bagaimanapun, kaum wanita sering dipandang berat akan hal ini kerana pada wanita ada tarikan sehingga ia boleh menimbulkan fitnah.
Walaupun isu aurat sering dibahaskan dan menjadi topik perbualan dalam kehidupan seharian, namun ia dipandang sepi oleh umat Islam sendiri.
Jika cetek ilmu sekalipun, tidakkah mereka memerhatikan mengapa ada Muslim dan Muslimah yang begitu menjaga dari aspek pemakaian mereka tanpa mendedahkan aurat dan mengapa pula kita dengan ringkasnya memakai kemeja-T tanpa lengan bagi wanita, berseluar pendek dan tidak mengenakan tudung?
Walaupun ramai yang sudah tahu tentang hukum larangan membuka aurat akan tetapi mungkin ada yang terkeliru dan salah faham akan konsep menutup aurat dalam Islam atau pun sengaja buat-buat tidak faham (membuka aurat dengan sengaja). Masing-masing mempunyai hak sendiri dalam menentukan cara hidup, namun itulah silapnya.

Sunday, 24 July 2011

Sayidina Ali k.w. bersabda

"Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
 Adab itu sebaik-baik sifat.
 Takwa itu sebaik-baik bekalan.
Ibadah itu sebaik-baik perniagaan."